Cari:
China, Iran Jalin Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-01-24 14:29:45 CRI Cetak

China dan Iran mencapai konsensus untuk menjalin perkongsian strategik komprehensif demi memperkukuh hubungan bilateral sedia ada dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Persepakatan penting itu diumumkan selepas pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Iran, Hassan Rouhani di Tehran semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Presiden Xi berkata, Beijing berharap agar perjanjian muktamad berhubung program senjata nuklear Iran dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Dunia akan menyambut baik kehadiran Iran dengan wajah baharu di peringkat serantau malah antarabangsa.

Xi menegaskan bahawa China bersedia untuk memperkasakan kerjasama pragmatik kedua-dua pihak di bawah rangka "Jalur dan Laluan" (B&R), yang mencakupi bidang sumber tenaga, infrastruktur, ekonomi dan perdagangan, keselamatan, kebudayaan dan lain-lain.

Dalam pada itu, Hassan Rouhani menyifatkan lawatan Presiden China itu sebagai petanda signifikan dalam sejarah perkembangan hubungan kedua-dua negara. Beliau mengambil berat terhadap peranan China dalam hal-ehwal antarabangsa, serta sokongan dan bantuan China selama ini. Oleh yang demikian, Tehran mahu meneruskan kegiatan pertukaran peringkat tinggi, menjayakan kerjasama dalam pelbagai bidang, giat terlibat dalam pembinaan B&R dan meningkatkan penyelarasan dengan Beijing dalam urusan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China