Cari:
Presiden China Akhiri Lawatan di Iran
2016-01-24 14:38:40 CRI Cetak

Selepas mengakhiri lawatan di Iran, Presiden China, Xi Jinping pulang ke tanah air hari ini.

Sebelum ini, Presiden Xi bertemu dengan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei di Tehran semalam.

Xi menyatakan bahawa China sentiasa dianggap sebagai rakan kerjasama yang boleh dipercayai bagi Iran. Kedua-dua negara ini boleh meningkatkan kerjasama dalam bidang infrastruktur, kesalinghubungan, perindustrian dan sumber tenaga dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Khamenei pula menyanjung tinggi pencapaian China dalam pembangunan negara serta sokongan Beijing terharap Tehran. Menurut beliau, selaku negara penting di laluan B&R, Iran sudi memberi sumbangan dalam pembinaan laluan berkenaan.

Selain itu, ketika bertemu dengan Speaker Parliamen Iran, Ali Larijani, Presiden Xi berkata, penyelesaian isu nuklear Iran bukan sahaja bermanfaat bagi mewujudkan kedamaian dan kestabilan di Asia Barat, tetapi juga selaras dengan kepentingan bersama negara-negara di rantau itu malah dunia.

Xi juga menegaskan, kegiatan interaksi antara badan penggubalan undang-undang adalah komponen penting dalam menjalin perkongsian strategik komprehensif China-Iran. Oleh itu, pihak-pihak terbabit perlu memperbaiki sistem interaksi yang sedia ada demi merapatkan lagi hubungan pelbagai peringkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China