Cari:
Lawatan Xi ke Asia Barat Berhasil
2016-01-24 14:44:19 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi membuat rumusan tentang lawatan Presiden Xi Jinping ke Asia Barat yang bermula dari 19 hingga 23 Januari ini.

Wang berkata, lawatan Presiden Xi ke Arab Saudi, Mesir dan Iran adalah kegiatan diplomatik penting yang dilakukan sempena tahun baharu 2016. Ketiga-tiga buah negara tersebut merupakan kuasa yang berpengaruh di kawasan Asia Barat dan juga mengekalkan hubungan persahabatan yang baik serta menjalin ikatan kerjasama yang rapat dengan China.

Lawatan Xi tersebut memperlihatkan tumpuan tinggi kerajaan China untuk mengukuhkan hubungan dengan ketiga-tiga negara tersebut malah seluruh Asia Barat.

Boleh dikatakan bahawa lawatan Presiden Xi berkenaan amat berjaya dan berhasil dengan mementerai sebanyak 52 dokumen kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China