Menurut portal Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), kawasan selatan Alaska dilanda gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada pukul 1.30 pagi semalam pada kedalaman 127.8 kilometer.
Pusat gempa bumi terletak di kawasan barat daya 261 kilometer dari bandar Anchorage, bandar terbesar di Alaska.
Setakat ini, masih belum ada sebarang kematian dan kecederaan dilaporkan.
Menurut pusat amaran tsunami Pasifik, gempa bumi itu tidak akan menyebabkan tsunami besar berikutan pusat gegarannya yang dalam.