Cari:
Turki Tahan 23 Suspek Anggota IS
2016-01-25 14:50:11 CRI Cetak

Menurut kenyataan tentera Turki, pihaknya telah menahan 23 suspek yang disyaki anggota kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) di wilayah sempadan Turki dengan Syria pada 23 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu, 23 individu tersebut turut membawa 21 orang kanak-kanak dalam cubaan untuk memasuki Turki secara haram dari Syria.

Kewarganegaraan mereka masih belum didedahkan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Turki, Efkan Ala pada 11 Januari lalu berkata, setakat ini, Turki telah menghalang 35 ribu orang dari 124 buah negara yang disyaki anggota IS daripada memasuki negara itu, selain itu, hampir 3000 orang ekdtremis dari 92 buah negara telah ditahan serta dikembalikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China