Cari:
John Kerry Melawat China Esok
2016-01-25 17:12:57 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry bakal mengadakan lawatan ke China pada 26 dan 27 Januari ini.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.

Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan isu-isu penting yang menjadi perhatian bersama.

China berharap agar lawatan Kerry ini dapat membantu meningkatkan interaksi antara China dengan AS dalam beberapa isu penting, mengintensifkan koordinasi dan kerjasama dalam pelbagai bidang dan menggalakkan perkembangan hubungan China-AS yang sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China