Cari:
Putin Mahu Langkah Antirasuah Yang Lebih Ketat Diambil
2016-01-27 11:56:53 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menggesa langkah-langkah antirasuah perlu terus diperketat bagi memulihkan kerugian negara.

Menurut kenyataan Putin dalam Mesyuarat Suruhanjaya Antirasuah yang diadakan di Moscow semalam, penggubalan undang-undang dan langkah-langkah antirasuah negara itu selaras dengan standard antarabangsa. Langkah-langkah tersebut juga pelbagai dan efektif.

Pada sembilan bulan pertama tahun lalu, bilangan pesalah yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah mencatat lebih 8,800 orang, manakala bilangan pegawai awam yang dikenakan tindakan mencatat 11,000 orang.

Beliau berkata, Rusia perlu membaiki mekanisme antirasuah yang sedia ada, dan mendapatkan semula pendapatan haram dan dana yang mencurigakan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China