Jabatan Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih Pelan Tindakan Kecemasan Nuklear China hari ini.
Kertas putih tersebut mengandungi lapan bab, termasuk situasi semasa pembangunan tenaga nuklear; panduan dan dasar tindakan kecemasan; pembinaan mekanisme tindakan kecemasan; pembinaan keupayaan tindakan kecemasan; tindakan menangani kemalangan nuklear; latihan tindakan kecemasan; latihan dan komunikasi awam; inovasi sains dan teknologi tindakan kecemasan; dan kerjasama antarabangsa.
Dalam kertas putih itu turut dinyatakan, di sebalik pembangunan tenaga nuklear, terdapat risiko keselamatan dan cabaran.
Untuk mengembangkan tenaga nuklear, keselamatan mesti terjamin di samping tindakan kecemasan mesti disiapkan.
Menurut kertas putih tersebut, China sentiasa mengutamakan keselamatan nuklear dalam penggunaan tenaga nuklear.