Cari:
China: Semenanjung Korea Bebas Nuklear Perlu Sinergi Semua Pihak
2016-01-27 15:23:30 CRI Cetak

China memainkan peranan yang penting dalam memelihara kestabilan dan keamanan di Semenanjung Korea dan ini diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Oleh itu, usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear memerlukan sinergi semua pihak.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Menurut Hua, membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear dan tindakan memelihara kestabilan dan keamanan semenanjung itu adalah selaras dengan kepentingan bersama semua pihak yang terlibat.

Sebagai jiran yang bertanggungjawab, China tidak putus-putus berusaha dan memainkan peranan yang penting.

Namun, usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear tetap memerlukan usaha bersama pelbagai pihak.

Beliau menggesa negara-negara terlibat supaya memikul tanggungjawab masing-masing demi mendorong isu nuklear kembali ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China