Cari:
Xi Jinping Ditemui John Kerry
2016-01-28 15:27:19 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry di Beijing semalam.

Xi Jinping berkata, hubungan China-AS mencapai kemajuan besar atas usaha bersama kedua-dua pihak.

Koordinasi dan kerjasama China-AS amat berkesan bukan sahaja dalam bidang ekonomi dan perdagangan, ketenteraan, interaksi dalam kalangan rakyat, keselamatan siber, malah dalam perubahan iklim dan isu nuklear Iran yang menjadi isu hangat antarabangsa.

Tegas Xi, perkembangan hubungan China-AS yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak serta harapan masyarakat antarabangsa.

Tambah beliau lagi, China dan AS harus melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, berganding bahu membangunkan hubungan kuasa besar model baharu yang tidak berkonflik, tidak berkonfrontasi, saling menghormati dan bekerjasama bagi mewujudkan situasi menang-menang.

Kerry pula berkata, hubungan China-AS amat penting. Keberkesanan komunikasi dan koordinasi kedua-dua pihak telah memainkan peranan yang penting dalam mendorong "Perjanjian Paris" dan isu nuklear Iran. Presiden Obama berharap dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan China dan meningkatkan kerjasama dua hala dalam hal ehwal antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China