Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumumkan Pelan Kuota dan Reformasi Tadbir Urus 2010 dikuatkuasakan semalam. Ini menandakan China menjadi pemegang saham ketiga terbesar pertubuhan antarabangsa itu.
Menurut pelan IMF itu, 6 peratus kuota akan dialihkan ke pasaran baharu muncul dan negara-negara membangun.
Oleh itu, kuota China akan meningkat kepada 6.394 peratus daripada 3.996 peratus, China menjadi pemegang saham ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.
Menurut Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde, reformasi tersebut bagi memenuhi keperluan negara-negara anggota dalam persekitaran antarabangsa yang berubah-ubah.