Pengarah Urusan Syarikat Minyak Nasional Iran (NIOC), Roknoddin Javadi berkata, diharap agar perdagangan minyak dapat membantu membaiki hubungan politik antara Iran dengan Mesir.
Beliau berkata, Iran mampu menjual minyak mentah dan produk minyak kepada Mesir menurut keperluan negara itu. Selagi ada permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Mesir, Iran akan segera mempertimbangkan hal tersebut.