Cari:
China Gesa AS Teliti Isu Laut China Selatan Secara Objektif
2016-01-28 15:04:12 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) digesa memandangkan isu Laut China Selatan secara objektif, saksama dan rasional.

Gesaan demikian disampaikan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika ditemui Setiausaha Negara (AS), John Kerry yang dalam lawatan kerja ke China semalam.

Wang berkata, pulau-pulau di Laut China Selatan merupakan wilayah China sejak zaman dahulu. China berhak memelihara kedaulatan wilayah sendiri dan kepentingan maritim yang sah.

Dalam pada itu, China komited untuk memelihara keamanan dan ketenteraman di kawasan perairan Laut China selatan, mengawal perselisihan dan menyelesaikan persengketaan melalui rundingan damai.

Beliau menegaskan, kemudahan pertahanan China di Laut China Selatan untuk tujuan membela diri. Ini merupakan hak keselamatan dan membela diri yang wajar dimiliki oleh mana-mana negara berdaulat dan tiada kaitan dengan apa-apa yang disebut sebagai "menenterakan".

Kedua-dua negara juga perlu mengawal isu sensitif melalui kaedah yang membina dan tidak menjejaskan kerjasama antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China