Cari:
Rundingan Damai Syria Mungkin Ditangguhkan Lagi
2016-01-29 15:02:55 CRI Cetak

Rundingan damai penyelesaian politik konflik Syria terpaksa ditangguhkan kepada 29 Januari. Namun setakat ini masih belum ada sebarang berita rasmi tentang rundingan damai tersebut.

Berdasarkan jadual waktu yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), rundingan damai tersebut sepatutnya diadakan pada 25 Januari lalu. Rundingan itu terpaksa ditangguhkan kepada 29 Januari kerana terdapat perselisihan mengenai senarai delegasi pihak pembangkang.

Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi konflik Syria, Staffan de Mistura menyeru pelbagai Syria agar tidak melepaskan peluang rundingan kali ini.

Dalam perkembangan yang berkaitan, media Perancis semalam menyatakan bahawa rundingan damai itu mungkin akan ditangguhkan lagi kerana pembangkang Syria masih belum memutuskan sama menyertai rundingan itu atau tidak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China