Cari:
Kenyataan Harris Cetek Pengetahuan Sejarah
2016-01-29 14:39:23 CRI Cetak

Kenyataan Komander Pasifik Amerika Syarikat, Harry Harris mengenai Laut China Selatan cetek pengetahuan sejarah. China memiliki kedaulatan terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan dan perairan berkenaan, ini ada bukti sejarah dan asas perundangan yang kukuh.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun di Beijing semalam.

Harry Harris kelmarin ketika menyampaikan ucapan di Pusat Kajian Strategik Kumpulan Pemikir dan Isu Antarabangsa AS menyatakan bahawa pihaknya akan terus mencabar tuntutan China di Laut China Selatan. Beliau sendiri menganggap bahawa pulau-pulau tersebut bukan milik China.

Menurut Yang, China sentiasa berpendirian bahawa sebarang perselisihan tentang isu Laut China Selatan hendaklah diselesaikan oleh negara-negara yang terlibat langsung melalui rundingan damai. Keamanan dan ketenteraman Laut China Selatan dipelihara oleh China dan negara-negara ASEAN.

Beliau menegaskan, negara lain tidak sepatutnya campur tangan dalam isu ini, lebih-lebih lagi kenyataan yang mencerminkan kedangkalan pengetahuan dan berniat untuk melaga-lagakan hubungan antara China dengan negara-negara terbabit.

Harry Harris selaku Komander Pasifik AS tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang pandangan peribadi yang tidak bertanggungjawab dan salah sama sekali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China