Cari:
China Mampu Kekalkan Pertumbuhan Ekonomi Yang Stabil dan Mampan
2016-01-29 14:54:16 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghubungi Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde melalui telefon bagi bertukar-tukar pandangan mengenai situasi ekonomi dan kewangan China dan dunia pagi semalam.

Li berkata, pembangunan China bergantung pada reformasi. Di samping merangsang permintaan domestik yang sederhana, China akan mengoptimumkan reformasi struktur, khususnya reformasi struktur pihak pembekal.

Beliau menegaskan, China mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mampan.

Christine Lagarde melahirkan keyakinan bahawa kerajaan China mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil melalui langkah-langkah yang berkesan termasuk melaksanakan dasar makro yang kukuh, menggalakkan reformasi struktur, mengekalkan kestabilan pertukaran mata wang dan mengintensifkan interaksi dengan pasaran.

Pihaknya komited mempergiat kerjasama dan koordinasi dengan China dan bersama-sama mendorong reformasi dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China