Cari:
Dampak Akibat Ekonomi China yang Merosot terhadap Dunia Dibesar-besarkan
2016-01-30 16:04:44 CRI Cetak

Pertumbuhan ekonomi global kurang stabil pada awal 2016. Sehubungan dengan itu, pasaran kewangan dan barang industri menghadapi tekanan yang semakin besar. Malahan pula pertumbuhan ekonomi China pada 2015 menurun pada taraf yang paling rendah dalam tempoh 25 tahun yang lalu, iaitu 6.9% sehingga menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap dampak akibat pertumbuhan ekonomi China yang merosot terhadap dunia luar.

Ahli ekonomi dari Bank Pelaburan A.S. Goldman Sachs, Jan Hatziuspula dalam Forum Makro China di Beijing semalam menyatakan bahawa dampak akibat pertumbuhan ekonomi China yang merosot terhadap ekonomi global terutamanya entiti ekonomi maju telah dibesar-besarkan. Sebenarnya ekonomi China masih dapat mengekalkan peningkatan yang pesat.

Namun pada waktu yang sama, Ahli Ekonomi Asia Pasifik Goldman Sachs, Andrew Tilton pula menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi China yang menjadi perlahan akan memberi dampak lebih serius terhadap entiti ekonomi di Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan dan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China