Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi konflik Syria, Staffan de Mistura mengadakan rundingan dengan delegasi kerajaan Syria di Geneva semalam yang melambangkan bermulanya pusingan baharu rundingan damai pelbagai puak Syria.
Pada hari yang sama, Suruhanjaya Perunding Peringkat Tinggi Puak Pemberontak Syria (HNC) yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi menyatakan, mereka akan menghantar satu delegasi untuk menyertai rundingan damai dengan kerajaan Syria hari ini.
Staffan de Mistura memberitahu media selepas berunding dengan delegasi kerajaan Syria bahawa, beliau berharap puak pemberontak Syria menyelesaikan persiapan pada akhir minggu ini supaya rundingan pada minggu depan dapat dijalankan dengan lancar.
Jurucakap (HNC) menyatkan, selepas menerima jaminan Setiausahan Negara A.S John Kerry melalui telefon, mereka memutuskan menghantar wakil menyertai rundingan damai tersebut. Kerry berjanji syarat puak pemberontak akan dipenuhi. Mereka akan membincangkan bantuan kemanusiaan terhadap "kawasan yang telah lama berada dalam kepungan di Syria". Jika kerajaan Syria bersikap ikhlas, rundingan itu akan diteruskan, sebaliknya, mereka akan menarik diri daripada rundingan.