Cari:
Provokasi Kapal Tentera A.S. di Perairan Xisha China
2016-01-31 15:14:00 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun semalam telah memberi ucapan mengenai isu kapal tentera A.S. memasuki perairan kepulauan Xisha China tanpa izin.

Menurut beliau, kapal pembinasa peluru berpandu Wilbur tentera laut A.S. Yang memasuki perairan kedaulatan di kepulauan Xisha China tanpa izin dilihat melanggar undang-undang negara ini. Pasukan pengawal kepulauan dan kapal tentera laut China telah melakukan tindakan dengan serta merta untuk mengenalpasti identitinya dan turut memberi amaran kemudian mengusir kapal tersebut.

Yang berkata, tindakan kapal tentera A.S. itu telah menjejaskan kedamaian, keselamatan dan tata tertib yang baik di perairan berkenaan. Kementerian Pertahanan China mengeluarkan bantahan yang keras terhadap provokasi A.S. ini.

Beliau menegaskan bahawa pasukan tentera China akan mengambil sebarang langkah yang diperlukan untuk melindungi kedaulatan dan keselamatan negara, tak peduli apapun tindakan provokasi dilakukan pihak A.S..

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China