Sidang Pemimpin Kesatuan Afrika (AU) ke-26 telah diadakan di Addis Ababa, ibu negara Ethiopia pada 30 hingga 31 Januari ini. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang diundang menghadiri sidang tersebut menyatakan bahawa AU diharap membantu mendorong proses damai Palestin-Israel.
Dalam sidang kemuncak kali ini, Mahmoud Abbas berkata, proses politik Palestin-Israel berada dalam kebuntuan sekarang ini. Oleh itu, AU diharap dapat memberi sokongan untuk mendorong sidang antarabangsa kedamaian Palestin-Israel diadakan, dan cadangan damai Arab diintensifkan serta kaedah penyelesaian Palestin dan Israel wujud sebagai dua negara yang merdeka dilaksanakan.
Mahmoud Abbas menyatakan bahawa Palestin sentiasa berusaha untuk melindungi keutuhan wilayah dan menubuhkan sebuah kerajaan pelbagai bangsa yang bersatu padu serta mengadakan pemilihan presiden dan parlimen.