Cari:
Sidang Menteri Pendidikan China-Jepun-Korea Selatan
2016-01-31 16:09:35 CRI Cetak

Sidang Menteri Pendidikan China-Jepun-Korea pertama diadakan di Seoul semalam. Menteri Pendidikan China, Yuan Guiren, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Korea Selatan, Lee Joon-Sik, Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Hase Hiroshi menghadiri sidang tersebut.

Menteri ketiga-tiga negara dengan sebulat suara berpendapat, diadakannya sidang ini melambangkan penubuhan mekanisme sidang menteri pendidikan antara tiga negara secara rasmi. Mekanisme ini dipercayai dapat mempelbagaikan kerjasama ketiga-tiga pihak, terutamanya dalam bidang pendidikan serta merupakan teladan bagi kerjasama pendidikan Asia Timur Laut, malah seluruh Asia. Menteri ketiga-tiga negara ini bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan peringkat tinggi, pendidikan vokasional dan pendidikan asas.

Menteri Pendidikan China, Yuan Guiren berkata, kerjasama China-Jepun-Korea Selatan dalam bidang pendidikan yang menuju masa depan bermakna besar. China bercadang untuk terus melaksanakan dan meningkatkan projek kerjasama "Kampus Asia", mengadakan forum canselor universiti dan menggalakkan kerjasama dalam latihan modal insan kreatif, pengajaran bahasa dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China