Persidangan ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 dan Persidangan ke-4 Jawatankuasa kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan dirasmikan di Beijing masing-masing pada 5 Mac dan 3 Mac ini.
Wartawan tempatan dan asing dialu-alukan untuk membuat liputan di persidangan tersebut.
Lokasi pusat media yang bertanggungjawab untuk mengatur wawancara berkenaan, terletak di No.11B Jalan Fuxing, Beijing.
Pusat media itu akan mula beroperasi pada 27 Februari ini.
Semua wartawan perlu menyerahkan dokumen permohonan bagi memohon kebenaran mewawancara.
Wartawan asing di China juga perlu mengemukakan permohonan kepada pusat media tersebut.
Koresponden asing yang memohon sebagai wartawan sementara perlu membuat permohonan kepada pihak kedutaan atau konsulat China, atau pengendali urusan visa yang telah diberikan kuasa oleh Kementerian Luar China.
Tarikh akhir pendaftaran untuk wartawan adalah pada 25 Februari.