Cari:
AU Fokus Isu Hak Asasi Manusia
2016-02-01 14:49:46 CRI Cetak

Negara-negara di Afrika digesa supaya memberikan perhatian yang serius terhadap isu hak asasi manusia.

Demikian dinyatakan Presiden Chad, Idriss Deby, yang juga pengerusi bergilir baharu Kesatuan Afrika (AU) ketika berucap pada majlis penutupan Sidang Kemuncak AU ke-26 di Addis Abeba, Habsyah semalam.

Deby menyifatkan isu hak asasi manusia sebagai elemen penting dalam usaha mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Afrika.

Beliau berharap agar isu tersebut diutamakan dalam agenda pembangunan negara-negara di benua itu.

Beliau turut menyeru anggota AU agar bersatu padu dalam menangani keganasan dan mengikuti perkembangan situasi semasa di Sudan Selatan dan Burundi, dan menjadi peneraju dalam usaha menggalakkan pembangunan damai dan proses integrasi benua Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China