Korea Selatan hari ini menggesa Pyongyang supaya membatalkan pelancaran peluru berpandu jarak jauh, sambil memberi amaran negara itu akan menerima padah sekiranya rancangan berkenaan diteruskan.
Gesaan tersebut dibuat melalui Timbalan Ketua Jabatan Keselamatan, Pejabat Presiden Korea Selatan, Cho Tae-yong.
Beliau berkata, sebarang ujian peluru berpandu dianggap sebagai pelancaran satelit yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan serantau.
DPRK mesti membatalkan rancangan pelancaran menggunakan teknologi balistik itu dengan segera.
Tegas beliau, DPRK perlu membayar dengan "harga yang menyakitkan" sekiranya meneruskan rancangan tersebut.
Korea Selatan akan memberikan tindak balas yang tegas terhadap semua provokasi DPRK yang mengancam keselamatan rakyat dan negaranya.