Cari:
Pelarian ke Eropah Meningkat Mendadak
2016-02-03 11:43:48 CRI Cetak

Statistik Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) menunjukkan bahawa bilangan pelarian yang memasuki negara-negara Eropah dengan merentasi lautan meningkat secara mendadak sejak Januari tahun ini.

Menurut IOM, seramai lebih 67 ribu pelarian tiba di selatan Eropah dengan kapal pada bulan Januari lalu, jauh lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, iaitu hanya 5,000 orang sahaja.

Menurut statistik Greece pula, kebanyakan pelarian bertolak dari Turki, lalu memasuki Eropah dengan mendarat di pulau yang berhampiran dengan Greece.

Dianggarkan 91 peratus daripada mereka berasal dari Syria, Afghanistan dan Iraq.

Menurut statistik terkini Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), 60 peratus daripada pelarian yang menuju ke Greece merupakan wanita dan kanak-kanak.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China