China tidak mengejar pertumbuhan yang pesat, selagi peluang pekerjaan dipenuhi dan harga komoditi dapat dikawal.
Pertumbuhan ekonomi bagi 2015 pada kadar 6.9 peratus merupakan petunjuk baik.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Xu Shaoshi dalam sidang media di Pejabat Penerangan Dewan Negara semalam.
Menurut beliau, impak krisis kewangan global masih terasa, yang menyebabkan ekonomi dan perdagangan dunia mengalami pertumbuhan yang perlahan.
Sementara itu, jurang perbezaan pembangunan antara pelbagai entiti ekonomi baru muncul semakin besar, yang secara tidak langsung turut mempengaruhi ekonomi China.
Dalam konteks ini, pertumbuhan ekonomi pada kadar 6.9 peratus memang sukar untuk dicapai.