Cari:
Rundingan Damai Isu Syria Digantung
2016-02-04 13:44:26 CRI Cetak

Kumpulan pembangkang Syria menolak untuk berunding semula dengan wakil kerajaan, melainkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dilaksanakan terlebih dahulu bagi membaiki situasi kemanusiaan dan mewujudkan gencatan senjata di negara itu.

Demikian dinyatakan oleh ketua delegasi kumpulan pembangkang Syria, Riyad Farid Hijab di Geveva semalam.

Pada hari yang sama, jurucakap kumpulan pembangkang Syria, Salem el-Meslet menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah-langkah praktik bagi meringankan kesengsaraan rakyat Syria.

Sidang Bantuan Kemanusiaan Syria bakal diadakan di Britain pada 4 Februari ini.

Jurucakap itu berkata, berbanding dengan sumbangan material, rakyat Syria lebih memerlukan bantuan masyarakat antarabangsa bagi "menamatkan pengepungan dan menghentikan pengeboman serta membebaskan tahanan yang ditawan secara haram".

Utusan khas PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura semalam mengumumkan rundingan damai pusingan baharu berhubung dengan isu Syria di Geneva dihentikan buat sementara waktu.

Rundingan damai tersebut dijadualkan disambung pada 25 Februari nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China