Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengecam kenyataan yang berbaur kebencian terhadap masyarakat Islam di negara itu, di samping menyeru orang ramai agar bertoleransi terhadap perbezaan kepercayaan agama.
Seruan itu dibuat oleh Obama semasa mengadakan lawatan ke sebuah masjid di negara itu semalam.
Menurut beliau, masyarakat AS sering mengaitkan keganasan dengan agama. Situasi tersebut menjadi semakin ketara selepas berlakunya peristiwa 11 September dan siri serangan pengganas di Paris. Tindakan yang mengancam keselamatan masyarakat Islam tersebut telah mencabar nilai sosial AS dan mesti dibetulkan.