Lady Gaga bakal mengadakan persembahan bagi mengenang mendiang David Bowie dalam satu segmen khas pada Grammy Awards, lapor The New Tork Times.
Penganjur Grammy Awards mengesahkan perkara tersebut dalam satu pengumuman rasmi Selasa lalu.
Selepas kematian Bowie bulan lalu, industri muzik mula berteka-teki tentang bentuk penghormatan yang bakal diberikan kepada salah seorang ikon muzik paling berpengaruh di dunia itu.
Penerbit Grammy Awards, Ken Ehrlich dalam satu temu ramah menyatakan Gaga sudah pun bersetuju untuk membuat persembahan sebelum kematian Bowie.
Majlis penganugerahan yang bakal berlangsung pada 15 Februari ini juga menampilkan persembahan dari Adele, Kendrick Lamar dan Carrie Underwood.
(Sumber: Astro Awani)