Kelab Bola Sepak Taobao Evergrande Guangzhou China mengumumkan secara rasmi semalam bahawa penyerang Club Atlético de Madrid S.A.D yang juga pemain bola sepak Colombia, Jackson Martínez telah menandatangani kontrak selamat empat tahun dengan kelab China itu.
Bayaran perpindahan bintang bola sepak itu berjumlah 42 juta euro. Jumlah tersebut telah mencipta rekod dalam sejarah bola sepak China.
Menurut maklumat Kelab Evergrande Guangzhou, Martinez bakal menyarung jersi no. 9 pasukan itu dan jika ujian kesihatannya tidak ada masalah, beliau akan terbang ke Dubai untuk menyertai latihan musim sejuk pasukan tersebut di sana.