Cari:
China Sediakan Bantuan Makanan kepada Pelarian Syria
2016-02-05 13:11:10 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri Persidangan Bantuan Kemanusiaan Syria ke-4 di London semalam.

Ketika berucap dalam persidangan tersebut, Wang berkata, Syria bukan sahaja memerlukan bantuan kecemasan, malah perlu menyelesaikan masalah ke akar umbi. Jaminan terhadap kehidupan asas pelarian Syria merupakan keperluan mendesak pada ketika ini. Pihak-pihak terlibat digesa supaya melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan bantuan kemanusiaan boleh dihantar terus kepada pelarian. Negara-negara yang menerima pelarian Syria diharap dapat membantu mereka mencari rezeki, di samping menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak.

Wang turut mengumumkan bahawa kerajaan China akan menyediakan bantuan makanan sebanyak 10 ribu tan lagi kepada Syria bagi mengatasi masalah kekurangan makanan yang dihadapi oleh pelarian negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China