Cari:
Budak Pakai Jersi Plastik akan Berjumpa Messi
2016-02-05 11:11:57 CRI Cetak

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Afghanistan mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima faks daripada Kelab Barcelona tentang seorang budak yang berusia lima tahun, Murtaza Ahmadi akan dibawa ke Camp Nou untuk menyaksikan perlawanan Lionel Messi dan bintang penyerang Argentina ini juga akan bertemu dengan budak lelaki itu.

Martaza menjadi sensasi apabila gambarnya yang memakai jersi Argentina daripada beg plastik tersebar luas melalui media sosial. Menurut bapa Martaza, anaknya amat suka bermain bola sepak dan meminati Messi. Oleh sebab tidak mampu untuk membeli jersi asal Argentina, anaknya hanya mampu membuat jersi Argentina "Messi 10" dengan menggunakan beg plastik yang berjalur biru dan putih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China