Cari:
Jumlah Pelancong China ke Luar Negara Meningkat
2016-02-06 14:39:29 CRI Cetak

Menurut laporan yang disiarkan oleh Ctrip, penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian terkemuka China, jumlah pelancong China ke luar negara pada "minggu emas" sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2016 dijangka mencatat 6 juta orang, dan boleh dikatakan sebagai "gelombang pelancongan ke luar negara yang terbesar dalam sejarah".

Dalam tempoh percutian sempena perayaan TBC tahun ini, jumlah pendaftaran pelancong ke luar negara meningkat kira-kira 30 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Singapura, Malaysia dan Thailand terus menjadi tumpuan pelancong, selain Jepun, Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat.

Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) menjangkakan jumlah pelancong China yang melawat ke luar negara pada setiap tahun akan mencatat 200 juta orang menjelang 2020. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China