Gempa bumi yang berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Kaohsiung, Taiwan China pada pukul 3.57 pagi tadi. Setakat pukul 10.40 pagi tadi, bencana tersebut telah mengakibatkan lima orang terbunuh.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Ma Xiaoguang berkata, pihaknya amat prihatin terhadap gempa bumi di Taiwan, dan turut berdukacita dengan keadaan semua mangsa.
Menurut beliau, Persatuan Hubungan Rentas Selat Taiwan (ARATS) yang berpangkalan di Beijing, segera menghubungi Yayasan Pertukaran Selat Taiwan (SEF) sebaik sahaja gempa bumi tersebut berlaku. ARATS dalam surat kepada SEF turut menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan.