Cari:
Presiden China, AS Bincang Hubungan Dua Hala
2016-02-06 14:52:18 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerusi telefon semalam.

Xi menyampaikan rasa puas hati terhadap kemajuan yang dicapai dalam perkembangan hubungan China-AS dalam tempoh setahun lalu.

Menurut beliau, banyak lagi kerjasama yang perlu dan mampu diusahakan oleh kedua-dua negara pada ketika ini.

China bersedia untuk bersama-sama dengan AS bagi memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, di samping meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan AS dalam isu antarabangsa dan serantau.

Obama turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk berganding bahu dengan China bagi memperdalam kerjasama dua hala dan menyumbang tenaga demi keamanan, keselamatan dan kemakmuran dunia.

Pemimpin kedua-dua negara ini turut bertukar-tukar ucapan Selamat Tahun Baharu Cina dalam perbualan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China