Cari:
China Sedia Bantu Pembangunan Afrika
2016-02-06 16:01:53 CRI Cetak

China tetap mengutamakan perkembangan hubungan diplomatik dengan negara-negara membangun lain, terutamanya negara-negara Afrika.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam satu temu bual selepas mengakhiri lawatan rasmi ke empat negara Afrika, iaitu Malawi, Mauritius, Mozambique dan Namibia semalam.

Beliau berkata, kelembapan ekonomi dunia dan kejatuhan harga produk sumber alam telah membawa impak yang besar kepada ekonomi Afrika.

Oleh hal yang demikian, pelaksanaan sepuluh program kerjasama utama China-Afrika perlu disegerakan bagi menangani cabaran semasa.

Sepuluh program kerjasama tersebut berfokus pada usaha mempercepat pengindustrian, mewujudkan kepelbagaian dan menggalakkan pembangunan mandiri negara-negara Afrika.

Hal ini penting bagi membantu Afrika yang pembangunan ekonominya sentiasa dipengaruhi oleh turun naik harga produk sumber alam di pasaran antarabangsa sebelum ini.

Menurut Menteri Luar itu, China dan negara-negara Afrika sama-sama sedang membangun.

Perpaduan dan kerjasama antara kedua-dua pihak lebih bermakna daripada ekonomi, yang akan menyumbang kepada keadilan, keharmonian dan pembangunan dunia.

Beliau turut menasihati sesetengah pihak agar tidak skeptikal dengan kerjasama China-Afrika, sebaliknya menjalinkan kerjasama yang lebih erat bagi membantu Afrika terlepas daripada kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China