Cari:
Wang Yi Telefon Lavrov
2016-02-07 15:37:33 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov menerusi telefon pada 5 Februari lalu.

Kedua-dua menteri itu menyanjung tinggi hasil hubungan rakan strategik komprehensif China-Rusia pada tahun lalu. Mereka berpendapat, China-Rusia harus mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan interaksi dan kerjasama strategik serta memelihara kepentingan strategik bersama.

Ketika membincangkan isu nuklear Semenanjung Korea, Wang Yi dan Lavrov berpendapat, pelbagai pihak harus mengelakkan tindakan yang meruncingkan situasi yang tegang pada masa ini. Isu tersebut harus dibawa kembali ke meja rundingan untuk diselesaikan melalui resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan usaha bersama pelbagai pihak.

Mengenai masalah Syria, Wang Yi dan Lavrov berpendapat bahawa masyarakat antarabangsa harus melaksanakan resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB dan memegang kepada prinsip penyelesaian melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China