Cari:
Tanah Besar China Tumpukan Gempa Bumi Taiwan
2016-02-07 15:38:47 CRI Cetak

Gempa bumi yang berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Kaohsiung, Taiwan awal pagi semalam dan mengakibatkan penduduk maut dan kerugian harta benda yang teruk. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhang Zhijun memberitahu wartawan, pemimpin kerajaan pusat amat menumpukan perhatian terhadap bencana itu.

Zhang Zhijun berkata, Jabatan Hal Ehwal Taiwan dan Persatuan Hubungan Rentas Selat Taiwan (ARATS) segera menghubungi Yayasan Pertukaran Selat Taiwan (SEF) sebaik sahaja gempa bumi tersebut berlaku. ARATS dalam surat kepada SEF turut menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan. Palang Merah China pula telah menderma RMB 2 juta (RM 1.26 juta) kepada pertubuhan penyelamatan di Taiwan. Pihak Tanah Besar sedang mengekalkan kontak yang rapat dengan pelbagai pihak Taiwan dan bersedia menyediakan bantuan seterusnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China