Menurut polis dan media Pakistan, serangan bom berani mati yang menyasarkan konvoi kereta pasukan keselamatan berlaku di Quetta, provinsi Balochistan, barat daya Pakistan petang semalam, yang mengakibatkan lapan orang terkorban manakala 35 lagi cedera.
Pihak polis mengesahkan bahawa tiga anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serangan itu.
Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri, Nawaz Sharif masing-masing mengutuk keras serangan tersebut.
Dilaporkan lagi, kumpulan militan Taliban di Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada hari yang sama, dialog pusingan ketiga empat pihak iaitu Afghanistan, Pakistan, China dan AS mengenai masalah Afghanistan sedang diadakan di Islamabad.