Cari:
Garisan Sempadan Syria-Turki Kawalan IS Lebih Pendek
2016-02-07 14:30:29 CRI Cetak

Menurut media Lubnan, garisan sempadan Syria-Turki yang dikawal oleh kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) menjadi pendek lebih dua pertiga.

Menurut laporan itu, IS pernah mengawal garisan sempadan sepanjang 250 kilometer dari provinsi Al Hasakah, timur laut ke provinsi Aleppo, barat laut Syria yang bersempadan dengan Turki. Namun garis sempadan yang dikawal kumpulan itu menjadi pendek hingga 70 kilometer pada masa ini.

Dalam pada itu, kawasan sempadan yang dikawal oleh Barisan Al-Nusra, cawangan al-Qaeda di Syria dan Ahrar al-Sham, militan pembangkang Syria turut berkurangan.

Pasukan kerajaan Syria telah mencapai kemajuan dengan sokongan tentera udara Rusia di kawasan utara negara itu. Pihak tentera Syria mendakwa bahawa pihaknya sedang cuba mengawal kawasan sempadan dengan Turki demi mengelakkan anggota militan asing daripada memasuki negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China