Cari:
Pemimpin Dunia Ucap Selamat Tahun Baharu
2016-02-08 16:41:38 CRI Cetak

Sempena ketibaan Tahun Monyet menurut kalendar imlek Cina, beberapa pemimpin dunia dan pemimpin pertubuhan antarabangsa mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina di seluruh dunia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menyampaikan mesej menerusi paparan video berkata, Tahun Monyet sudah tiba dan tahun ini merupakan tahun zodiak beliau.

Monyet adalah binatang yang melambangkan kecerdasan, kelincahan dan membawa tuah, yang turut menyuntik harapan dan semangat kepada tahun 2016.

Ketua Pengarah Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova berkata, sambutan Tahun Baharu Cina yang juga dikenali sebagai pesta musim bunga sudah menjadi tradisi bagi pertubuhan itu.

Kebudayaan Cina menyumbang kepada kecemerlangan kebudayaan dunia. Pesta musim bunga adalah saatnya untuk memperlihatkan keunggulan budaya Cina tersebut, yang patut dikongsikan dengan seluruh dunia.

Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain melalui Kedutaan Besar China di Pakistan turut menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina. Beliau menyuarakan harapan agar rakyat dan kerajaan China sentiasa dilimpahi kemakmuran dan kesejahteraan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang mewakili Presiden Barack Obama dan rakyat AS juga menyampaikan ucapan kepada semua yang meraikan Tahun Baharu Cina, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dikurniai kemakmuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China