Cari:
Pelancaran Satelit DPRK Cetus Kebimbangan
2016-02-08 12:54:01 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa melahirkan kebimbangan terhadap pelancaran satelit oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam, di samping menyeru kerjasama semua pihak untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Jabatan Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Negara (NADA) DPRK semalam mengumumkan pihaknya berjaya melancarkan sebuah satelit pencerap bumi ke orbit yang disasarkan.

Satelit tersebut dilengkapi peralatan pencerapan dan telekomunikasi.

Sehubungan dengan itu, Korea Selatan menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pelancaran tersebut yang dianggap sebagai ujian peluru berpandu balistik.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dalam kenyataannya menyifatkan tindakan DPRK tersebut mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam kenyataan menerusi jurucakapnya mengutuk tindakan DPRK yang melancarkan satelit menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, sambil menggesa DPRK agar menghentikan provokasi tersebut.

Ban turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China