Cari:
Hong Kong Berusaha Tangkap Perusuh
2016-02-09 16:23:00 CRI Cetak

Hong Kong mengutuk sekeras-kerasnya insiden rusuhan yang berlaku di Mongkok pagi tadi. Kerajaan tidak akan bertoleransi. Pihak polis sedang sedaya upaya berusaha untuk menangkap perusuh.

Demikian dinyatakan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying hari ini.

Dimaklumkan, pada malam semalam hingga pagi tadi, terdapat peniaga yang disyaki menjalankan perniagaan secara haram, menolak untuk memberikan kerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang.

Kira-kira 300 perusuh telah mencetuskan pergaduhan dengan anggota polis di Mongkok yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 48 anggota polis dan beberapa wartawan cedera.

Keadaan dapat dikawal setelah 24 perusuh berjaya ditahan.

Menurut Leung, perusuh bukan sahaja merosakkan kereta polis dan kemudahan awam, malah membakar dan melempar batu kepada anggota polis, serta menyerang mereka yang terjatuh akibat cedera.

Insiden seumpama ini yang berlaku di mana-mana bandar tentunya disifatkan sebagai rusuhan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China