Cari:
Kanada Tarik Diri daripada Serangan Udara terhadap IS
2016-02-09 14:56:51 CRI Cetak

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau semalam mengumumkan bahawa tentera udara negara itu akan menarik diri daripada serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) sebelum 22 Februari ini, bagi meningkatkan bilangan dan intensiti latihan tentera di Iraq.

Trudeau semasa sidang akhbar semalam berkata, penyelesaian krisis Iraq dan Syria memerlukan resolusi politik.

Beliau mengumumkan, Kanada akan menyediakan bantuan dana yang bernilai CAD1.6 bilion (RM 4.77 bilion) kepada Iraq dan Syria dalam tempoh tiga tahun yang akan datang demi keselamatan dan kestabilan serta bantuan kemanusiaan dan pembangunan rantau tersebut.

Menurut beliau, keputusan tersebut adalah untuk membantu negara-negara terbabit dengan cara yang paling berkesan. Jelasnya, serangan udara terhadap IS efektif dari aspek ketenteraan dalam jangka masa pendek, namun sukar mewujudkan kestabilan dalam jangka panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China