Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dan Canselor Jerman, Angela Merkel semalam menggesa Rusia agar berhenti memberikan sokongan terhadap operasi ketenteraan oleh tentera kerajaan Syria di wilayah Aleppo, utara negara itu.
Davutoglu dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan Merkel di Ankara menyatakan bahawa Turki dan Jerman akan bersama-sama berusaha melalui saluran diplomatik dan mematuhi resolusi 2254 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), serta menggesa Rusia dan negara lain menghentikan serangan ketenteraan.
Davutoglu turut mengutuk Rusia dan negara lain yang menyokong tentera Syria hingga mengakibatkan kematian rakyat jelata di wilayah tersebut.
Merkel pula berkata, serangan udara Rusia terhadap Syria mengakibatkan beribu-ribu penduduk tempatan terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.