Cari:
Suasana Meriah Tahun Baharu Cina Terpancar di Seluruh Dunia
2016-02-09 15:45:37 CRI Cetak

Tatkala 1.3 bilion rakyat China meraikan Tahun Baharu Cina, suasana perayaan yang meriah itu turut dirasai di seluruh dunia.

Budaya China yang istimewa semakin popular dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Paparan video Tahun Monyet yang ditayangkan di skrin besar Times Square, New York telah menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

Pelbagai aktiviti seperti tarian naga dan pameran kaligrafi telah diadakan di Pusat Beli-Belah Westfield di London.

Pejabat Pos Kanada, Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura pula mengeluarkan koleksi setem Tahun Monyet.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, beberapa pemimpin negara dan pertubuhan antarabangsa mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina di seluruh dunia.

Ketua Pengarah Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova berkata, sambutan Tahun Baharu Cina yang juga dikenali sebagai pesta musim bunga sudah menjadi tradisi bagi pertubuhan itu. Budaya China yang berwarna-warni telah memperkaya budaya dunia. Pesta musim bunga adalah saatnya untuk memperlihatkan keunikan budaya China tersebut, yang patut dikongsikan dengan seluruh dunia.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menyampaikan mesej menerusi paparan video berkata, monyet adalah binatang yang melambangkan kecerdikan, kecerdasan, dan membawa tuah. Maka, Tahun Monyet ini diharap dapat membawa harapan dan semangat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China