Cari:
61 Perusuh Diberkas Polis Hong Kong
2016-02-10 13:42:14 CRI Cetak

Setakat pukul 10 malam semalam, sebanyak 61 perusuh yang terlibat dalam insiden rusuhan di Hong Kong berjaya diberkas polis tempatan, antaranya 52 orang lelaki dan sembilan orang wanita.

Mereka ditahan kerana disyaki mengadakan perhimpunan haram, menyerang anggota polis, enggan untuk diperiksa oleh anggota polis, menghalang operasi pihak penguatkuasa dan menyembunyikan senjata.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan insiden rusuhan tersebut dan akan memberkas semua perusuh yang terlibat.

Pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong turut menyatakan bantahan keras terhadap rusuhan yang berlaku di Mong Kok, di samping melahirkan rasa simpati kepada anggota polis dan wartawan yang cedera dalam insiden tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China