Cari:
Kecuaian Manusia Punca Nahas Komuter di Jerman
2016-02-10 13:46:07 CRI Cetak

Menurut siasatan awal, kecuaian manusia adalah punca perlanggaran dua buah kereta api komuter di selatan Jerman pada 9 Januari lalu. Namun, pihak yang cuai hingga menyebabkan berlakunya nahas tersebut masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Nahas tersebut berlaku kira-kira pada pukul 7 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) apabila dua buah kereta api komuter yang membawa kira-kira 150 penumpang bertembung di Bad Aibling, Bavaria yang bersempadan dengan Austria.

Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala lebih 100 lagi cedera akibat nahas tersebut.

Laporan akhbar tempatan memetik kenyataan anggota penyiasat sebagai berkata, seorang petugas telah menghentikan sistem isyarat kereta api automatik bagi membenarkan laluan sebuah kereta api yang tertangguh.

Namun, kereta api tersebut gagal tiba di lokasi pada masa yang ditetapkan hingga memasuki landasan yang sama dengan sebuah kereta api lain yang turut terlibat dalam nahas tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China