Cari:
Jepun Kenakan Sekatan terhadap DPRK
2016-02-11 15:09:18 CRI Cetak

Kerajaan Jepun mengadakan mesyuarat jaminan keselamatan negara petang semalam dan mengumumkan beberapa sekatan sehala terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata, tindakan DPRK baru-baru ini bukan sahaja ancaman besar kepada keselamatan Jepun, malah menjejaskan keamanan dan keselamatan rantau Asia Timur Laut bahkan dunia. Jepun tidak boleh bertoleransi lagi.

Sekatan yang diumumkan terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama ialah memulihkan sekatan yang ditarik balik pada tahun 2014, termasuk melarang warga DPRK memasuki wilayah Jepun. Bahagian kedua ialah sekatan baharu, seperti melarang kiriman wang ke DPRK (kecuali kiriman wang yang berjumlah 100 ribu yen ke bawah yang bersifat kemanusiaan), tidak membenarkan kapal dari negara ketiga yang singgah di DPRK berlabuh di Jepun, dan melarang juruteknik nuklear dan peluru berpandu warga asing yang berkhidmat di Jepun memasuki Jepun lagi setelah melawat ke DPRK.

Sekatan berkenaan akan berkuatkuasa secara rasmi setelah diluluskan oleh mesyuarat Kabinet hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China