Rundingan Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan berhubung dengan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) telah menimbulkan kebimbangan.
Sistem tersebut mungkin akan memberikan impak yang besar serta menjejaskan keselamatan dan kestabilan dunia.
Demikian dinyatakan Kementerian Luar Rusia semalam.
Menurut ulasan kementerian itu, situasi keselamatan di Asia Timur Laut amat rumit. Penempatan sistem antipeluru berpandu AS hanya akan mencetuskan "perlumbaan senjata" hingga menyebabkan isu nuklear di Semenanjung Korea semakin sukar ditangani.
Pihaknya berharap agar kedua-dua negara tersebut dapat memberikan pertimbangan lebih teliti akan kesan tindakan tersebut terhadap situasi semasa.